Monday, 23 December 2013

busyyyyyy.....

haaa.. assalamualaikum, 

      huihhh dah bersawang jenuh kak long nak bersihkan sawang segala bagai ni, tak sempat nak menjenguk ke sini, busy yang amat lately ni..busy dengan test, assignment, project, case study, presentation, quiz and so on..banyakkan last week dalam masa satu hari ada 3 presentation 1 test.. mau gilo den nk buat semua tu..

     hari ni pulak 2 test dalam masa 1 hari, tak ke haru hidup aku, terkejar-kejar macam orang tak cukup nafas haa.. tapi Alhamdulillah semua settle dengan baik. La ni study week tapi tetap diganggu dengan test segala, macamane nak study..haahaha bajet2 rajin nak study pulakkan.. heee ..

     ni jalan yang aku pilih so, aku kena hadapi dengan tabah walaupun segala cabaran mendatang, study week diganggu dengan pelbagai anasir, InsyaAllah aku akan akan tetap teguh di sini.. Final exam #30DECEMBER2013 #first paper #ctu553.. 




Auditor to be.. insyaALLAH


Sunday, 8 December 2013

nasib baik!!

assalamualaikum, 

    dah lama tak hupdate blog ni, nasib baik tak bersawang..heeee..entry kali ni "nasib baik".. memang aku bernasib baik.sangat bernasib baik.. bila ingat balik moment 4 DEC 2013, rasa nak tergelak pon ada, tapi aku memang gabra tahap gaban..yela first time tengok depan mata mau tak gabra..okaylah mesti hangpa semua dok tanya kan pasai apa sebenarnya..cerita dia sebenarnya pasal banjir dan aku sangat bernasib baik..


macam ni kisahnya..

    hari rabu lepas iaitu 4 DEC 2013 kat rumah sewa aku ni banjir air naik mendadak..kelas hari tu habis pukul 2, lepas submit assignment #CRG520 kita orang terus chawww..letih oiiii..malam tu pukul 3 a.m baru siap assgnment, pukul 6.30 am bangun sebab kelas pagi..

    time otw balik dari uni dah hujan lebat da, masuk umah terus tido sebab nak topup tido,memang syokkkk habis la tido, letak kepala atas bantal terus mimpi.. nampakkan betapa penatnya aku..time tido ada la member aku call, Izzah namanya, dekat 15 kali jugak la dia miscall . 

    aku tengah mamai just ignored  jela, aku ingatkan dia tak jadi datang buat assgnment malam tu..pastu mama aku pulak call, dia tanya pasal hujan lagi tak kat umah sewa aku, air naik ke tak?

    aku dengan confidentnya cakap, air tak naik hujan macam tadi je..mama aku pon lega la dengar jawapan aku.. then aku sambung tido balik.. dekat kul 7pm terjaga housemate aku cakap air naik..kelam kabut bangun tengok air, bukak pintu segala bagai sebab nak tengok air banjir..tiba tiba terkejut dan tertanya2 kenapa kasut aku ada atas meja dan kenapa seliper kami yang kat atas tangga hilang..pelik bin ajaib..semua pandang muka memasing..

   tiba-tiba datang la seorang junior merangkap jiran aku bertanya:


jiran: la, ada kat rumah ke tadi??

kami: ad je kat umah.. kami tido tadi..kenapa?


jiran: air naik sampai ke tangga umah kau     orang.. semua student perempuan dah  pindah ke kolej..trak uitm datang amik  tadi.. kalau kau orang nak pindah bagitau ek..

kami: gluppp!!! air naik samapai tangga??

jiran: aah sampai tangga..ermmm, ni je seliper yang sempat kita orang selamatkan..

(macam ni lebih kurang conversation ktorg..kuikui..)


uwaaaaaaaaaaaaaa.. 

    banjir weyh, tengok arus air memang deras giler, sungai dengan parit depan umah memang tenggelam.. seriously beb, aku memang takut..tak pernah alami.. aku call Izzah tanya kenapa call banyak kali tadi,call dia bebel kat aku selori.. rupa2nya dia call sebab dia risaukan ktorang takut terperangkap,

   malangnya kami sedap2 tido.. semua jiran2 ingatkan kami tak de kat umah sebab umah gelap gelita..arus makin deras, hujan tak henti2 dan aku makin gabra+panik+takut, semua ada..pukul 1 lebih hujan reda dan dalam sekelip mata air banjir paras lutut dah surut.. baru rasa lega sikit dan terus tido..heeee

    pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan,nasib baik umur aku panjang kalau tak dah lama aku kejong dalam banjir,tak pun hanyut sekali dengan banjir.. sekarang ni nak tido lepas balik kelas pun takut..takut tak sedar kalau banjir.. nasib baik.. semuanya kerana nasib aku baik hari tu.. tido mati sampai tak sedar satu kampung banjir.. heee

#ALHAMDULILLAH :)

let's layan the gambar banjir..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.