Thursday, 31 October 2013

waiting...




haishhhh..

tak sabau nak tengok bola..

adakah piala Malaysia tahun ni jadi milik kelantan??

ataupun jadi milik pahang..

segalanya akan terungkai ahad ni..

HAHAHA..

pape pun red warrior sentiasa dihati..

GOMO KELATE GOMO!!!

PERJUANG SEHINGGA TITISAN PELUH TERAKHIR..





Wednesday, 30 October 2013

layak kah aku???




layak kah aku tumpang berteduh 

di bumi Allah???

layak kah aku ke syurga Mu Ya ALLAh??

layak kah aku menyedut oxygen free of charge 

di bumi Mu ni Ya ALLAh??

layak kah aku mendapat segala nikmat 

di dunia ni???

layak kah aku membalas jasa 

kedua2 ibu bapaku??

layak kah aku hidup di bumiMu ini Ya ALLAH??






kadang2 aku alpa dengan urusan dunia,

kadang2 aku seperti tidak bersyukur 

dengan segala nikmat dan 

kurniaanMu Ya ALLAH,

kadang2 aku lalai dalam 

menunaikan tanggungjawabku ..

sebagai khalifah di bumiMu ni Ya ALLAH,

kadang2 aku terlupa tujuan asal aku hidup 

di bumiMu ni Ya ALLAH..

walaupun aku sering lalai dalam 

menunaikan kewajipanku,

terhadapMu Ya ALLAH,

tapi Engkau selalu ada disaat aku kesusahan,

kau makbulkan doakan dan permintaanku.. 

SUBHANAALLAH

aku bersyukur dengan segala nikmat dariMu Ya ALLAH..

ALHAMDULILLAH..

mimpi???

 assalamualaikum,

salam dihulur sebagai pembuka bicara..

 cewaahhh.. hak2

tajuk entry kali ni iala mimpi..

yesss, mimpi..

kenapa dengan mimpi???

orang tua 2 kata mimpi mainan tido..

kalau tido tu confirm la mimpikan..

letak je kepala atas bantal terus tidow.. 

ZZZzzzZZZ....

bila tido tak hengat dunia mula la 

mimpi yang bukan2..



okay laa straight the point,

macam ni kisahnya,

start bulan november 2012 aku selalu 

mimpi benda sama,

bukan mimpi ngeri tapi entahlaa aku pun 

xtau nak describe macamane mimpi aku tu..

start dari tahun lepas aku selalu mimpi 

benda sama berulang kali,

last aku mimpi pasal benda tu 2 hari lepas..

kadang2 tertanya2 kenapa dia yang mesti 

masuk dalam mimpi aku,

kalau sekali xpela jugak ni selalu sangat,

haish macam merosakkan mimpi aku pulak,

spoil betul lah..semak je...erggghhh

ingatkan boleh la mimpi jumpa 

SHAH RUKH KHAN..hikhik..

tapi sentiasa menjadi tanda tanya kenapa mesti

 dia yang selalu dan sentiasa muncul 

dalam mimpi aku ni..

pergi lah cari mimpi orang lain, 

jangan kacau mimpi aku lagi..

tapi 1 je aku suka bila kau masuk mimpi 

aku iaitu kau jadi pendiam..

kalau tak jenuh nak bertekak dengan kau,

kan bagus kat dunia realiti pun kau diam 

macam dalam mimpi..heeee

ni tak kalau kau bukak je mulut 

aku rasa macam 

nak sumbat je seliper dalam mulut kau..

setiap kali kau bukak mulut memang 

sakit hati..

tapi kenapa kau ada dalam mimpi aku, 

ni yang selalu jadi tanda tanya ..

jenuh nak pikiaq jawapan nye..







Saturday, 26 October 2013

25 oct 2013.. budget vs bola..

assalamualaikum,

hai2 rajin pulak kan aku hupdate entry baru..heee

hari 25 oct 2013

hari yang sangat mendebarkan..

dup dap dup dap je hati ni..cewaaaahhhh

hari nikan PM nk umum budget 2014,

korang lupe la tuuu..haishh

malam ni pun bola atm lawan kelantan.

tepat pukul 3 ptg aku dah terconggok 

depan tv tunggu budget,

excited betul aku nak dengar budget..

yelaaa, nak tau jugak apa peruntukan yang gov

 sediakan untuk student macam aku ni..

Alhamdulillah untuk student IPTA dapat baucer

 buku RM250.. rezeki tuuuu..


tapi ada jugak persoalan yang menjadi 

kemuskilan aku..

  • kenapa kelantan tak dapat royalti minyak sebanyak 12 billion?
  • budget lebuhraya di kelantan juga tiada. kenapa?
  • hal berkaitan membesarkan lapangan terbang kelantan tiada. kenapa? sedangkan lapangan terbang KB paling sibuk dipantai timur.
  • kenapa tiada projek tebatan sungai golok. di negeri lain ada?
  • kenapa projek pelaburan gas & minyak tiada di kelantan kenapa negeri lain ada? pendaratan gas di Bachok macamane??

    menjadi tanda tanya??? always keep

     asking and hope reasonable answers.. hmmmm

walaubagaimana pun kesedihan terhadap 

pengumunan bajet terubat jua pabila 

TRW menang game malam ni.


ALHAMDULILLAH menang lawan ATM (AGG 4-3) 

dan boleh ke final 3 NOVEMBER 2013.

mula-mula cuak weyh tengok bola

atm dahsyat betul malam ni separuh masa 

pertama dah score 2 gol. dah mula fed up 

tapi tunggu jugak mana la tau ada miraclekan,

memangg betul miracle la 10 minit terakhir

 kelantan berjaya sumbat 2 gol. 

Alhamdulillah, melepasi tahap kritikal salute

 giler kat piya dan fakri,

anda tak mengecewakan peminat dan 

merealisaikan harapan penyokong untuk 

ke shah alam.

player kelantan adalah warrior yang sejati.

pakat belarok g shah alam pulop la sep 

kito minggu depe.. 

gomo kelate gomo.




harap boleh wat kelik piala pulok tahun ni..

chaiyok!! chaiyok red warrior..

kami penyokong setia sentiasa bersama kalian..

Friday, 25 October 2013

errrrrrr..i'm happy???






hukum tetap hukum



setinggi tinggi penghormatan dan sekalung tahniah

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

kerana melaksanakan undang undang syariah

 a.k.a hukum hudud 

diBrunei Darul Salam. Brunei merupakan negara pertama 

di Asia Tenggara yang melaksanakanya.

hukum tetap hukum walaupun dunia berubah mengikut 

peredaran zaman..


Wednesday, 2 October 2013

pedih .. :'(





hmmm.. 

tak tahu nak tulis ape..heee

ape ek perasaan korang kalau tengok 

orang yang pernah 

korang sayang kawen dengan orang lain..

mesti tersentap kan..pedih!!!

pedih woiiii...

tengok dia bersanding dengan orang lain...sob2

aku ingatkan aku ni jenis hati kering tak 

ada perasaan rupanya ade..hekhek..

mula2 memang rasa sedih, pedih bila 

tahu dia nak 

kawen tapi nak buat macamanekan 

mungkin tu jodoh dia..

aku hanya mampu doakan yang 

terbaek untuk dia..

jodoh semua Allah yang tentukan...

jodoh manusia Allah tentukan masa di 

luth mahfuz lagi.. 

terima kenyataan yang dia bukan 

ditakdirkan untuk aku..


p/s: never be sad for what is over, just be glad it was once yous..



Tuesday, 1 October 2013

slurrppp!!!


mari2 baca entry baru,

mari dekat2 jangan rapat takut nanti tak boleh baca..

takde ape yang menarik sangat pun pasal entry kali ni...

semua nya pasal makanan...

sebab tu tajuk pon slurrppp!!!


hanya dikelate .. :)


lompat tikam


akok


tepung pelita


pulut panggang


sira labu


nasi lemak


laksam


nasi dagang


nasi kerabu


nasi tumpamg


lokcing a.k.a satay ikan


acar kaki ayam


pulut ayam


ayam percik


solok lada


pulut durian


koleh ubi


mee udang


somtam


ketupat sotong


p/s: sedap sehingga menjilat jari...

yummy!!




bangga !!



Kelantan Darul Naim atau lebih sinonim dengan gelaran 
negeri cik siti wan kembang ataupun negeri serambi mekah..
aku bangga dan aku memang bangga dilahirkan sebagai 
anak jati kelantan.
tak kisah lah berapa ramai yang menghentam anak
 kelantan dan negeri kami.
memang pada pandangan masyarakat luar kelantan 
negeri miskin dan mundur..
yess, aku akui kelantan memang mundur dari 
aspek hiburan kalau nak di bandingkan dinegeri lain..
tapi aku bersyukur alhamdulillah sebab kat sini 
takde pusat hiburan yang melalaikan macam disko and etc..
walaupun kami sering dilabelkan sebagai negeri miskin,
tapi rakyat kelantan tak jadi gelandangan sampai 
terpaksa tidur bawah jambatan dan kaki 5..
kelantan memang miskin tp di kelantan la kita boleh 
tengok orang2 perempuan 
pakai barang kemas sampai ke siku..
kelantan memang miskin tapi ramai rakyatnya 
yang pakai kereta import,
macam audi, bmw, lexus dan orang melayu yang 
memandunya bukan orang cina atau india..
kelantan memang miskin tapi kutipan zakat negeri
 kelantan antara yang tertinggi di Malaysia..
kelantan memang miskin sampaikan sebuah pasaraya di sini 
mampu mencatat transaksi sebanyak 1 juta sehari..
Kuasa beli rakyat kelantan sangat tinggi
kami memang miskin sebab tu la kelantan merupakan
 negeri pertama yang ingin 
memperkenal kan emas sebagai matawangnya..
sebab miskin ramai ibu bapa yang mampu menghantar 
anak2 mereka belajar diluar negara..
asal tengok orang kelantan je cakap miskin..
miskinkah negeri kelantan????
pada hakikatnya kelantan sangat kaya..kaya dari semua aspek..
kami mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat..
bekas menteri besar kami seorang ulama yang disegani dan 
sanggup meluangkan masa setiap hari jumaat untuk 
memberi ceramah agama kepada rakyat..
yee.. mungkin kami miskin dimata mereka yang 
mementingkan hal dunia..
penghinaan dan cemuhan masyarakat luar tak pernah
 menjadi kudis kepada kami..
kami miskin mungkin sebab kebanyakkan rakyat 
kelantan tak bekerja makan gaji
mereka lebih suka berniaga..sebab 9 daripada 10 
punca rezeki adalah dengan berniaga..
perkara yang paling menyentuh hati bila orang 
cakap orang kelantan suka cari gaduh..
orang kelantan memang 'gedebey' tapi kena tempat la..
sila ubah cara pemikiran kalian yang selalu 
mengutuk dan menhina kami !!
jangan tertipu dengan dakyah2 yang sering menghina kelantan..
datang sendiri ke kelantan dan anda boleh judge..

"I'M PROUD TO BE A KELANTANESE"