Olaaa miamorrr.. dah bersawang dah..Dah dekat setahun tak update entry baru, ape cer??? aku busy dengan urusan dunia yang takde kesudahan, busy kejar dateline assignment, test, quiz, kelas.. Sekarang baru boleh bernafas sikit(macam la sebelum ni tak bernafas, hahaha). Sekarang cuti sem ye hadek hadek.. 2 bulan kot maka bermulalah projek ternak lemak dengan jayanya..hahah..
Kenapa tajuk entry kali ini Allah Menduga?? Sebab dalam masa 7 bulan dua tragedi besar berlaku di negara kita.. Yes, memang Malaysia aman. Aman daripada dihujani roket, peluru berpandu dan seangkatannya. Dua tragedi besar yang berlaku memberi impak yang sangat meninggalkan kesan mendalam kepada kita warga Malaysia.
Tanggal 8 March 2014, industri penerbangan Malaysia dan seluruh warga Malaysia dan seantero dunia telah dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat komersial #MH370 dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing yang juga dilaporkan penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi. Sampai kesaat ini masih tiada khabar berita tentangnya. Pelbagai spekulasi muncul dari golongan "cerdik pandai" dengan hujah hujah yang boleh merobekkan hati keluarga mangsa. Isu #mH370 belom pon terungkai Malaysia dikejutkan another heartbreaking news iaitu pesawat komersial #MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah dibedil oleh pemberontak di sempadan Ukraine - Russia. Kejadian yang berlaku dibulan ramadhan yang penuh barakah mengorbankan 295 orang mangsa. Allahu! Besar dugaan yang Engkau berikan pada keluarga mangsa!
Tragedi demi tragedi menimpa Malaysia. Mungkin ada sesuatu yang ingin dia tunjukan. Isu #MH370 ada yang cakap pesawat tu jatuh dalam laut, ada yang cakap ianya satu konspirasi. Saya bukanlah pakar kejuruteraan penerbangan, bukan juga ahli politik mahupun ilmuan agama. I'm talking as a human who only have islam as my pegangan, own a heart and a brain to think of what happening right now. Devastating, Speechless and really heart broken incident. Only one word come to my mind "MUSIBAH". Ambik masa dan lihatlah keadaan sekeliling. Mungkin ada tanggungjawab kita sbagai hambaNYA yang kita terlepas pandang selama ni. Takkan datang suatu musibah kecuali Dia nak uji dan nak duga tahap keimanan kita. Isu air, jerebu, krisis denggi, kemarau, kemiskinan dan banjir besar.
Dulu kita tengok negara lain yang menghadapi bencana ini. Sekarang giliran kita. Take a minute and look around. Tanya pada hati. We have clean heart to feel and great mind to think. Fikir sejenak sebab dan asbabnya. Ada benda yang DIA nak tunjuk yang DIA nak kita tahu. because He Owns Everything. Tak payah nak point finger kat sape2. benda ni adalah dugaan . Ajal maut di tangan Allah, takkan awal walaupun sesaat dan ia takkan lewat walaupun sesaat.
Kepada keluarga mangsa salam takziah aku ucapkan walaupun korang takkan jumpa blog aku ni.. Allah sehebat hebat perancang. Mungkin ada yang terbaik DIA rancangkan untuk kalian. KUNFAYAKUN.
AL-FATIHAH untuk semua anak kapal dan para penumpang #MH370 & #MH17. Semoga tenang disana menghadap sang pencipta.. AAAMIIN..
