Wednesday, 12 November 2014

Homemade!

Assalamualaikum,

tadi dah up pasal namprik kan?? La ni nak up pasal makanan jugak sebab tu tajuk entry "homemade". Ni nak share pasal homemade chicken chop and mesh potato. Kalau kat kedai chicken chop paling murah pon RM8/RM9. Nak senang baik buat sendiri lagi puas hati, nak makan banyak pon boleh and kebersihan pasti terjamin. Bila buat sendiri ni raqsa seronoknya lain macam nak pulak ape yang kita masak tu orang suka..heee.. nak masak ni kena ada minat, kalau ada minat yang rumit macam mane pon insyaAllah menjadi, sedap dan menyelerakan. banyak berceloteh pulak, moh le kita share resepi.

Mesh potato:

  • 2 @ 3 biji kentang
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil butter
cara-cara:
  1.  kupas kentang dan rebus kentang sehingga empuk.
  2. toskan air dan lenyek kentang, gaul dengan butter dan garam.
  3. gaul sebati then buat la bentuk macamane pon .(saya guna skop aiskrim)

Ayam untuk chicken chop:
  • dada ayam
  • tepung ayam goreng kfc
  • Air
  • Serbuk roti
  • minyak

cara-cara:
  1. ambik bahagian dada. potong slice by slice nipis2 ye.
  2. campurkan tepung ayam goreng kfc dengan air. salutkan dengan ayam yg siap dihiris lepas tu salutkan lapisan kedua dengan serbuk roti.
  3. goreng dalam minyak yang panas.

Sos mesh potato/chicken chop:
  • 2 ulas bawan putih
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 2 sudu butter
  • minyak
  • 1 @ 2 sudu tepung jagung
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk black pepper ditumbuk
  • 1 sudu besar sos black peper
  • sedikit kicap
  • kiub ayam @ serbuk maggi cukup rasa

cara- cara:
  1. bawang putih dan bawang besar ditumbuk lumat.
  2. panaskan butter, untuk elakkan butter hangit tambah sedikit minyak masak. Tumis bahan yang ditubuk sampai keperangan.
  3. bancuh tepung jagung dengan air. kalau nak pekat guna 2 sudu tepung jagung. Ikut cita rasa masing2. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sebati.
  4. masukkan secawan air, kiub ayam @ serbuk maggi cukup rasa.
  5. masukkan sebuk black pepper dan sos black pepper .. kacau sebati last sekali masukkan sedikit kicap sebagai pewarna.


Namprik!!!

Assalamualaikum, 

Dah berzaman dah berkurun lamanya tak update. muehehe. busy baq hanggg!! student life kan, tak pernah tak busy. aku ni memang suka makan, telan ape je yang ada depan mata. tolak kayu dengan batu je buat masa sekarang ni..bhahaha. tajuk entry namprik sebab aku nak share resipi kat sini, member aku la dok suruh update resipi ni kat blog. Namprik ni makan thai rasya adik kembar paprik. senang je nak buat tak sampai setengah jam pon. mai sini aku nak cerita lagu mana nak buat namprik yang paling marvelous sampai jilat jari haha..

bahan bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi(ikut citarasa, nak pedas buh lebih)
1/2 cm kunyit hidup
1/2 cm halia
2 batang serai
1/2 cm lengkuas(xde pon xpe)
1/2 ulas bawang besar

bahan bahan:
minyak 3 sudu
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa
gula secukup rasa
6 ketul ayam( nak potong dadu pon boleh) @ 1/2 kg daging
(nak guna daging rebus dulu kasi empuk, ayam pon goreng dulu sekejap, kalau nak guna seafood mcm sotong rebus dulu)

cara-cara:
1) blend semua bahan kisar sampai lumat. panaskan minyak lepas tu

 tumis sampai naik minyak.

2) masukkan ayam/daging/sotong gaul sebati.

3)masukkan air sedikit then tunggu selama 20 minit nak bagi kuah tu

 meresap dalam ayam/daging/sotong.

4) masukkan daun limau purut, tabur cili silkit.. tutup api, dan 

 hidangkan..




SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, 22 July 2014

Allah Menduga!!

Assalamualaikum w.b.t,


    Olaaa miamorrr.. dah bersawang dah..Dah dekat setahun tak update entry baru, ape cer??? aku busy dengan urusan dunia yang takde kesudahan, busy kejar dateline assignment, test, quiz, kelas.. Sekarang baru boleh bernafas sikit(macam la sebelum ni tak bernafas, hahaha). Sekarang cuti sem ye hadek hadek.. 2 bulan kot maka bermulalah projek ternak lemak dengan jayanya..hahah..

    Kenapa tajuk entry kali ini Allah Menduga?? Sebab dalam masa 7 bulan dua tragedi besar berlaku di negara kita.. Yes, memang Malaysia aman. Aman daripada dihujani roket, peluru berpandu dan seangkatannya. Dua tragedi besar yang berlaku memberi impak yang sangat meninggalkan kesan mendalam kepada kita warga Malaysia.

    Tanggal 8 March 2014, industri penerbangan Malaysia dan seluruh warga Malaysia dan seantero dunia telah dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat komersial #MH370 dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing yang juga dilaporkan penerbangan tersebut berakhir di Lautan Hindi. Sampai kesaat ini masih tiada khabar berita tentangnya. Pelbagai spekulasi muncul dari golongan "cerdik pandai" dengan hujah hujah yang boleh merobekkan hati keluarga mangsa. Isu #mH370 belom pon terungkai Malaysia dikejutkan another heartbreaking news iaitu pesawat komersial #MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah dibedil oleh pemberontak di sempadan Ukraine - Russia. Kejadian yang berlaku dibulan ramadhan yang penuh barakah mengorbankan 295 orang mangsa. Allahu! Besar dugaan yang Engkau berikan pada keluarga mangsa!

    Tragedi demi tragedi menimpa Malaysia. Mungkin ada sesuatu yang ingin dia tunjukan. Isu #MH370 ada yang cakap pesawat tu jatuh dalam laut, ada yang cakap ianya satu konspirasi. Saya bukanlah pakar kejuruteraan penerbangan, bukan juga ahli politik mahupun ilmuan agama. I'm talking as a human who only have islam as my pegangan, own a heart and a brain to think of what happening right now. Devastating, Speechless and really heart broken incident. Only one word come to my mind "MUSIBAH". Ambik masa dan lihatlah keadaan sekeliling. Mungkin ada tanggungjawab kita sbagai hambaNYA yang kita terlepas pandang selama ni. Takkan datang suatu musibah kecuali Dia nak uji dan nak duga tahap keimanan kita. Isu air, jerebu, krisis denggi, kemarau, kemiskinan dan banjir besar.

    Dulu kita tengok negara lain yang menghadapi bencana ini. Sekarang giliran kita. Take a minute and look around. Tanya pada hati. We have clean heart to feel and great mind to think. Fikir sejenak sebab dan asbabnya. Ada benda yang DIA nak tunjuk yang DIA nak kita tahu. because He Owns Everything. Tak payah nak point finger kat sape2. benda ni adalah dugaan . Ajal maut di tangan Allah, takkan awal walaupun sesaat dan ia takkan lewat walaupun sesaat. 

   Kepada keluarga mangsa salam takziah aku ucapkan walaupun korang takkan jumpa blog aku ni.. Allah sehebat hebat perancang. Mungkin ada yang terbaik DIA rancangkan untuk kalian. KUNFAYAKUN.

   AL-FATIHAH untuk semua anak kapal dan para penumpang #MH370 & #MH17. Semoga tenang disana menghadap sang pencipta.. AAAMIIN..


Monday, 23 December 2013

busyyyyyy.....

haaa.. assalamualaikum, 

      huihhh dah bersawang jenuh kak long nak bersihkan sawang segala bagai ni, tak sempat nak menjenguk ke sini, busy yang amat lately ni..busy dengan test, assignment, project, case study, presentation, quiz and so on..banyakkan last week dalam masa satu hari ada 3 presentation 1 test.. mau gilo den nk buat semua tu..

     hari ni pulak 2 test dalam masa 1 hari, tak ke haru hidup aku, terkejar-kejar macam orang tak cukup nafas haa.. tapi Alhamdulillah semua settle dengan baik. La ni study week tapi tetap diganggu dengan test segala, macamane nak study..haahaha bajet2 rajin nak study pulakkan.. heee ..

     ni jalan yang aku pilih so, aku kena hadapi dengan tabah walaupun segala cabaran mendatang, study week diganggu dengan pelbagai anasir, InsyaAllah aku akan akan tetap teguh di sini.. Final exam #30DECEMBER2013 #first paper #ctu553.. 




Auditor to be.. insyaALLAH


Sunday, 8 December 2013

nasib baik!!

assalamualaikum, 

    dah lama tak hupdate blog ni, nasib baik tak bersawang..heeee..entry kali ni "nasib baik".. memang aku bernasib baik.sangat bernasib baik.. bila ingat balik moment 4 DEC 2013, rasa nak tergelak pon ada, tapi aku memang gabra tahap gaban..yela first time tengok depan mata mau tak gabra..okaylah mesti hangpa semua dok tanya kan pasai apa sebenarnya..cerita dia sebenarnya pasal banjir dan aku sangat bernasib baik..


macam ni kisahnya..

    hari rabu lepas iaitu 4 DEC 2013 kat rumah sewa aku ni banjir air naik mendadak..kelas hari tu habis pukul 2, lepas submit assignment #CRG520 kita orang terus chawww..letih oiiii..malam tu pukul 3 a.m baru siap assgnment, pukul 6.30 am bangun sebab kelas pagi..

    time otw balik dari uni dah hujan lebat da, masuk umah terus tido sebab nak topup tido,memang syokkkk habis la tido, letak kepala atas bantal terus mimpi.. nampakkan betapa penatnya aku..time tido ada la member aku call, Izzah namanya, dekat 15 kali jugak la dia miscall . 

    aku tengah mamai just ignored  jela, aku ingatkan dia tak jadi datang buat assgnment malam tu..pastu mama aku pulak call, dia tanya pasal hujan lagi tak kat umah sewa aku, air naik ke tak?

    aku dengan confidentnya cakap, air tak naik hujan macam tadi je..mama aku pon lega la dengar jawapan aku.. then aku sambung tido balik.. dekat kul 7pm terjaga housemate aku cakap air naik..kelam kabut bangun tengok air, bukak pintu segala bagai sebab nak tengok air banjir..tiba tiba terkejut dan tertanya2 kenapa kasut aku ada atas meja dan kenapa seliper kami yang kat atas tangga hilang..pelik bin ajaib..semua pandang muka memasing..

   tiba-tiba datang la seorang junior merangkap jiran aku bertanya:


jiran: la, ada kat rumah ke tadi??

kami: ad je kat umah.. kami tido tadi..kenapa?


jiran: air naik sampai ke tangga umah kau     orang.. semua student perempuan dah  pindah ke kolej..trak uitm datang amik  tadi.. kalau kau orang nak pindah bagitau ek..

kami: gluppp!!! air naik samapai tangga??

jiran: aah sampai tangga..ermmm, ni je seliper yang sempat kita orang selamatkan..

(macam ni lebih kurang conversation ktorg..kuikui..)


uwaaaaaaaaaaaaaa.. 

    banjir weyh, tengok arus air memang deras giler, sungai dengan parit depan umah memang tenggelam.. seriously beb, aku memang takut..tak pernah alami.. aku call Izzah tanya kenapa call banyak kali tadi,call dia bebel kat aku selori.. rupa2nya dia call sebab dia risaukan ktorang takut terperangkap,

   malangnya kami sedap2 tido.. semua jiran2 ingatkan kami tak de kat umah sebab umah gelap gelita..arus makin deras, hujan tak henti2 dan aku makin gabra+panik+takut, semua ada..pukul 1 lebih hujan reda dan dalam sekelip mata air banjir paras lutut dah surut.. baru rasa lega sikit dan terus tido..heeee

    pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan,nasib baik umur aku panjang kalau tak dah lama aku kejong dalam banjir,tak pun hanyut sekali dengan banjir.. sekarang ni nak tido lepas balik kelas pun takut..takut tak sedar kalau banjir.. nasib baik.. semuanya kerana nasib aku baik hari tu.. tido mati sampai tak sedar satu kampung banjir.. heee

#ALHAMDULILLAH :)

let's layan the gambar banjir..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Thursday, 28 November 2013

penat...



minggu ke 11,12, dan 13 adalah 

minggu yang memenatkan bagi seorang student

 tak kesah la student degree or diploma..

 sangat penat, terkejar kejar macam ape dah..

 kadang kadang rasa macam tak cukup je 

24 jam sehari, 7 hari seminggu.. 

masa terlalu pantas..

minggu 11,12,13 bermula lah segala 

huru hara bagi student especially aku..

penat weyh..

banyak assgnment yang nak kena submit,

 dateline dah makin hampir,

presentation lagi, annual report,kuiz,test..

argghhhhh..

sangat stress kadang kadang..

 tapi nak buat macam mana kena terima hakikat 

bahawa kehidupan student macam ni.. 

yang memang tak de life..

walaupun penat kadang kadang enjoy jugak

 mencari ilmu untuk bekalan masa hadapan..

 gapai impian penuhi cita cita..

aku bercita cita tinggi untuk 

menjadi seorang Auditor.. 

so, aku kena hadapi semua ni, 

kena ikhlas belajar baru lah jadi senang..

kena usaha sungguh.. 

Allah sentiasa bersama orang yang berusaha..