negeri cik siti wan kembang ataupun negeri serambi mekah..
aku bangga dan aku memang bangga dilahirkan sebagai
anak jati kelantan.
tak kisah lah berapa ramai yang menghentam anak
kelantan dan negeri kami.
memang pada pandangan masyarakat luar kelantan
negeri miskin dan mundur..
yess, aku akui kelantan memang mundur dari
aspek hiburan kalau nak di bandingkan dinegeri lain..
tapi aku bersyukur alhamdulillah sebab kat sini
takde pusat hiburan yang melalaikan macam disko and etc..
walaupun kami sering dilabelkan sebagai negeri miskin,
tapi rakyat kelantan tak jadi gelandangan sampai
terpaksa tidur bawah jambatan dan kaki 5..
kelantan memang miskin tp di kelantan la kita boleh
tengok orang2 perempuan
pakai barang kemas sampai ke siku..
kelantan memang miskin tapi ramai rakyatnya
yang pakai kereta import,
macam audi, bmw, lexus dan orang melayu yang
memandunya bukan orang cina atau india..
kelantan memang miskin tapi kutipan zakat negeri
kelantan antara yang tertinggi di Malaysia..
kelantan memang miskin sampaikan sebuah pasaraya di sini
mampu mencatat transaksi sebanyak 1 juta sehari..
Kuasa beli rakyat kelantan sangat tinggi
kami memang miskin sebab tu la kelantan merupakan
negeri pertama yang ingin
memperkenal kan emas sebagai matawangnya..
sebab miskin ramai ibu bapa yang mampu menghantar
anak2 mereka belajar diluar negara..
asal tengok orang kelantan je cakap miskin..
miskinkah negeri kelantan????
pada hakikatnya kelantan sangat kaya..kaya dari semua aspek..
kami mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat..
bekas menteri besar kami seorang ulama yang disegani dan
sanggup meluangkan masa setiap hari jumaat untuk
memberi ceramah agama kepada rakyat..
yee.. mungkin kami miskin dimata mereka yang
mementingkan hal dunia..
penghinaan dan cemuhan masyarakat luar tak pernah
menjadi kudis kepada kami..
kami miskin mungkin sebab kebanyakkan rakyat
kelantan tak bekerja makan gaji
mereka lebih suka berniaga..sebab 9 daripada 10
punca rezeki adalah dengan berniaga..
perkara yang paling menyentuh hati bila orang
cakap orang kelantan suka cari gaduh..
orang kelantan memang 'gedebey' tapi kena tempat la..
sila ubah cara pemikiran kalian yang selalu
mengutuk dan menhina kami !!
jangan tertipu dengan dakyah2 yang sering menghina kelantan..
datang sendiri ke kelantan dan anda boleh judge..
"I'M PROUD TO BE A KELANTANESE"

No comments:
Post a Comment