pemergian Ahmad Ammar seorang mujahid yang disayangi ramai telahmembuka mata dan jiwa masyarakat bukan sahaja masyarakatMalaysia malah di Turki juga. di bumi Indo-China(Kampuchea) ada juga yang bertanyakan tentang arwah. SubhanaAllah sungguh hebat penangan assyahid Ahmad Ammar.
Allahyarham Ahmad Ammar,
bersemadilah engkau di sana.
ALLAH menyayangimu.
Sungguh, hidupmu bersama perjuangan,
matimu pula ketika
dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu
juga bersama para pejuang-pejuang
agama ALLAH yang mati
mereka juga di dalam perjuangan...
Hidup dikelilingi orang-orang soleh,
mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi
jasad orang-orang soleh.
Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih.
HanyaALLAH yang lebih mengetahui
akan hikmah sesuatu peristiwa...
Di bumi yang asing, pemergiannya
dihadiri ramai.
Beliau telah dikebumikan di sekitar
maqam sahabat Rasulullah SAW,
Abu Ayub Al-Ansari.
Selamat bertemu Maha Pencipta saudaraku
Allahyarham Ahmad Ammar...
Jenazah Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam
disolat dan dikebumikan
di Masjid Ayub Sultan,
Istanbul Di sana juga terdapat maqam
sahabat Rasulullah S.A.W
yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A...
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar
disemadikan menghadap
Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan yang menempatkan
lebih 60 orang para
sahabat Nabi SAW, awliya,
panglima Uthmaniyyah dan orang ternama...
Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub
beri pengecualian rakyat
Malaysia pertama ini...
Subhanallah...
Peristiwa bersejarah ini pasti
mempunyai signifikan
sejarah buat hubungan dua hala
bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk
menjadi lebih sakti...
Bersama menegakkan kebenaran dan
memperjuang keadilan...
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa
‘Afihi Wa’fu ‘anhu...
sama sama kita sedekahkan Al Fatihah
untuk Allahyarham,,



